Indonesia Page

All About Indonesia

President Inauguration

_mg_9207Hope on President Inauguration Day

On the day President & Vice President of Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) & Boediono, Inauguration day. But for a guy like him in the picture, it doesn’t matter who’s the leader, as long as he could provide his family a decent meal today, he’d be happy. Hope SBY and his new colleague could help decreasing poverty problem in Indonesia. We support the President and wish the best for all Indonesian!

Read more:

Sampai Kapan Indonesia Terus Membenci Malaysia?

Indonesia and Malaysia Showdown

Video ini aku create bukan untuk cari gaduh dengan sesiapa, tetapi ingin menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kesenangan, keamanan dan keharmonian negara kita ini sebenarnya tidak disenangi oleh kebanyakkan penduduk dari Indonesia. Lihatlah dari pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963 sehingga kini, sentimen Anti-Malaysia dan laungan "Ganyang Malaysia" masih bergema dilaungkan masyarakat Indonesia.

Bergagai isu cuba untuk disensasikan oleh Indonesia bagi mengambarkan Malaysia seolah-olah negara yang jahat. Antaranya adalah lagu rasa sayang, seni barongan(Reog), keris, batik, dan makanan rendang yang dikatakan sebahagian nilai seni dan budaya yang telah DICURI oleh Malaysia dari Indonesia.

Terbaru, isu perebutan wilayah Ambalat, Manohara dan Penderaan tenaga Kerja Indonesia masih hangat diperkatakan oleh media Indonesia. Ini berbeza dengan media elektronik Malaysia yang MENYANJUNG TINGGI penyanyi, pelakon, lagi-lagu, drama, filem dan sinetron dari negara seberang. Sedangkan media Indonesia tidak habis-habis cuba menyemai kebencian rakyat negara Republik terhadap Malaysia.

Orang Indonesia sepatutnya sedar kebanyakkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia pun bukan semuannya baik, bagus dan menyenagkan rakyat Malaysia. Tengoklah berapa ramai pendatang dari Indonesia yang terlibat dengan dadah, pelacuran, merompak, menyamun, merogol, membunuh. Tetapi, ada ke media Malaysia gembar-gembur semua ni sampai macam nak perang?? Ada ke orang Malaysia pergi merusuh depan kedutaan Indonesia di KL?? Ada ke orang Malaysia baling telur & batu kat kedutaan Indonesia?? Ada ke orang Malaysia pergi bakar dan pijak-pijak bendera merah putih Indonesia??

Kalau betul le Malaysia ni jahat dan prajudis terhadap Indonesia, haram satu lagu atau sinetron pun kita tak akan siarkan kat RTM, Astro atau Media Prima. Kita pun tak akan kasi orang Indon buat konsert besar sambil "Berpesta Malam Indonesia" kat Stadium Bukit Jalil. Kita pun tak akan kasi artis dan warga Indonesia lain untuk cari makan kat sini. Huhh... Sampai bila orang Indonesia ni akan terus membenci Malaysia aku pun tak tahu!!! Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Jadi, jika ada berlaku sebarang kesilapan dan permasalahan di antara Malaysia dan indonesia hendaklah di selesaikanlah dengan cara dan saluran yang betul.

Bukannya dengan memprovokasi masalah yang berlaku bagi memburukkan dan mendatangkan kebencian di antara satu sama lain. Orang Indonesia sering berkata yang Malaysia-Indonesia adalah "Serumpun". Tapi kenapa kalian masih terus-menerus membenci kami?

Source:  Sampai bila Indonesia akan terus MEMBENCI Malaysia?

Channel: News & Politics
Uploaded: November 30, 1999 at 12:00 am
Author: amziah of Malaysia

Length: 04:16
Rating: 4.0833335
Views: 28252

Read more:

Search This Site

Share


Followers

Directories